SKB merupakan salah satu prasyarat yang diperlukan oleh hampir semua negara bagi tujuan permohonan permit belajar, bekerja dan bermastautin.
*Klik disini untuk membuat permohonan SKB
*Klik disini untuk tatacara permohonan Sijil Kelakuan Baik dengan pembayaran secara atas talian
Beberapa kaedah telah disediakan bagi mengambil SKB anda dengan mudah dan pantas. Pengambilan boleh dilakukan melalui kutipan kaunter dan pos.
*Surat wakil (untuk tunjuk kutipan oleh wakil selain pemohon) hendaklah ditandatangani oleh pemohon dan perlu dikemukakan ketika kutipan beserta dengan salinan kad pengenalan pemohon dan wakil.
Draf Bank/Kiriman Wang/Wang Pos dengan jumlah RM20 untuk satu SKB dibayar kepada [AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA]. Sampul Pek Prabayar bersaiz A4 lengkap ditulis alamat pemohon. Kementerian Luar Negeri tidak bertanggunjawab ke atas kehilangan dokumen-dokumen yang dihantar kepada pemohon melalui pos. Pemohon dinasihatkan mencatat nombor pengesanan untuk membuat semakan penerimaan pos.
Semakan permohonan SKB boleh dibuat di sini berdasarkan No. MyKad/No. Pasport, Alamat E-mel atau Kod Urusan permohonan anda.
Sesuai untuk paparan: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 keatas
Kemaskini terakhir: 31 Oktober 2022
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Wisma Putra, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62602 Putrajaya
TALIAN BANTUAN KLN
Waktu Pejabat : 8.30 am - 5.30 pm
No Telefon : +603 8000 8000
Waktu Operasi (Konsular)
Isnin - Khamis : 9.00 am - 4.00 pm
Jumaat : 9.00 am - 12.00 pm | 2.45 pm - 4.00 pm
Tutup : Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
© 2022 Kementerian Luar Negeri, Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
*Bagi pengguna yang telah mempunyai akaun, anda perlu melengkapkan Soalan Rahsia serta Jawapan dan langganan notifikasi (Subscribe Notification) sebelum meneruskan tindakan seterusnya.
Adalah dimaklumkan bahawa RM20 sahaja yang dicaj bagi satu (1) cetakan Sijil Kelakuan Baik.
Kementerian Luar Negeri TIDAK PERNAH MENGIKTIRAF DAN MELANTIK MANA-MANA AGEN, SYARIKAT ATAU ORGANISASI untuk memudahcara urusan permohonan Sijil Kelakuan Baik. Permohonan Sijil Kelakuan Baik hendaklah dibuat sendiri oleh individu yang ingin memohon. Tindakan pelantikan agen bagi tujuan memohon serta memudahkan urusan permohonan Sijil Kelakuan Baik adalah atas tanggungjawab serta risiko seseorang individu itu sendiri.
Kementerian Luar Negeri TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB atas sebarang kerugian yang dialami seseorang individu daripada tindakan pelantikan agen.
Pendaftaran akaun boleh dilakukan dengan mengklik butang 'Daftar Sekarang', masukkan maklumat pengguna yang ingin mendaftar dan klik butang "Hantar".
Kata Laluan dapat diubah dengan membuka Profil di kanan atas layar dan mengklik butang 'Kemaskini Kata Laluan'.
Pergi ke Profil Pengguna untuk mengemaskini tetapan akaun.
Sekiranya anda terlupa kata laluan anda dan tidak dapat log masuk, sila klik Lupa Kata Laluan pada skrin log masuk sistem dan ikuti langkah-langkah yang disenaraikan.
Tidak. Permohonan anda akan dibatalkan, dan akaun anda akan disekat. Warganegara Malaysia hendaklah menggunakan No. MyKad sebagai maklumat Kad Pengenalan.
Sila gunakan pasport semasa anda yang masih aktif dan sah sebagai maklumat Kad Pengenalan anda.
Anda dikehendaki untuk membuat akaun baharu menggunakan pasport semasa yang aktif dan sah sebagai maklumat Kad Pengenalan. Sila buat permohonan untuk menyahaktifkan akaun sedia ada anda kepada skb_admin@kln.gov.my.
Dalam kebanyakan situasi, ia adalah kerana anda telah mendaftar ke sistem e-Konsular. Sila log masuk ke sistem dan tetapkan semula butiran log masuk jika anda lupa maklumat log masuk.
Sila buat permohonan untuk tetapan semula maklumat log masuk anda kepada skb_admin@kln.gov.my.
Tempoh proses permohonan adalah antara 30 hingga 90 hari mengikut hari bekerja.
Sijil Kelakuan Baik ialah dokumen yang digunakan untuk mengesahkan bahawa seseorang individu tidak mempunyai kesalahan atau rekod jenayah sepanjang tempoh menetap di Malaysia.
Tempoh sah laku sijil adalah satu (1) tahun dari tarikh kelulusan. Walau bagaimanapun, negara/syarikat tertentu memerlukan sijil dengan tarikh kelulusan kurang daripada satu (1) tahun.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui e-mel kepada Unit SKB: skb_admin@kln.gov.my.
Warganegara, pemastautin dan warga asing yang pernah menetap di Malaysia (sekurang-kurangnya 6 bulan) boleh memohon Sijil Kelakuan Baik.
Pasport yang aktif adalah wajib untuk membuat permohonan Sijil Kelakuan Baik.
Pasport yang aktif adalah wajib untuk membuat permohonan Sijil Kelakuan Baik.
Permohonan Sijil Kelakuan Baik boleh dibuat melalui sistem e-Konsular (pautan: https://ekonsular.kln.gov.my/)
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai langkah-langkah untuk memohon SKB, sila rujuk video di bawah:
https://www.youtube.com/watch?v=ycuvkiJCFnM
Mulai 1 Julai 2013, permohonan Sijil Kelakuan Baik hendaklah dibuat secara dalam talian melalui sistem e-Konsular.
Tidak, kami hanya menjana dan mencetak sijil secara fizikal.
Ya, boleh. Bagaimanapun, Kementerian Luar Negeri tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan mana-mana sampul surat.
Tidak, kami tidak menghantar sijil ke luar Malaysia. Sila berhubung dengan Kedutaan Malaysia/Suruhanjaya Tinggi/Konsulat Jeneral terdekat untuk urusan kutipan sijil.
Anda boleh menghantar emel kepada skb_admin@kln.gov.my untuk mengetahui perkembangan terkini permohonan anda. Kemungkinan besar ia adalah kerana anda tidak menghantar salah satu lampiran di bawah:
A. Slip Kutipan.
B. Resit pembayaran dalam talian.
C. Sampul surat Prabayar Pos Laju atau Pos Ekspres bersaiz A4 kosong dengan alamat pemohon tertulis pada slip tracking.